Cara Mohon Bantuan OKU JKM 2021 – RM450 Sebulan

MENGENAI ELAUN ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

EPOKU merupakan satu inisiatif yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Skim ini diwujudkan untuk memberikan dorongan dan galakan kepada golongan OKU untuk terus bekerja bagi menampung kehidupan dan menjadi masyarakat yang produktif.

SYARAT PERMOHONAN DAN KELAYAKAN

Syarat bagi permohonan dan kelayakan adalah seperti berikut :

1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
3. Pemegang kad OKU JKM;
4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00  dan ke bawah;
ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

DOKUMEN DIPERLUKAN

1. Untuk permohonan, pemohon hendaklah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian dengan membawa beberapa dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

Pemberitahuan :
1. Permohonan bantuan ini dikendalikan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
2. Setiap permohonan akan diteliti dan disiasat bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

MUAT TURUN BORANG DAN PENGHANTARAN DOKUMEN

Setiap permohonan hendaklah dilampirkan bersama dengan borang berikut :

1. JKM 18 РBorang Permohonan 
2. JKM 20 – Borang Kaji Semula
3. Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)