Permohonan Jawatan Terkini Peronda Lebuhraya KESAS Sdn Bhd. Tarikh Tutup 31 Ogos 2021

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Lebuhraya Shah Alam (KESAS) merupakan sebuah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Pandamaran, Klang dengan Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Ia dibina bagi mengurangkan kesesakan di beberapa lebuhraya termasuk Lebuhraya Persekutuan. Ia juga adalah lebuh raya timur-barat ketiga di dalam kawasan Lembah Klang selepas Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Baru Lembah Klang.

Syarikat KESAS beralamat di KESAS Sdn Bhd, Wisma KESAS, No. 1, Lebuh Raya Shah Alam, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jawatan yang ditawarkan

Peronda Lebuhraya

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Waktu Bekerja: Shif

Syarat Lantikan

Calon mestilah memenuhi atau mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Pengalaman: 1 tahun
  • Lesen: Mempunyai lesen memandu B2, D & GDL (Minimum)
  • Taraf Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Jantina: Lelaki sahaja

Faedah-Faedah yang diberikan

  • Gaji Permulaan Sebulan: RM1,200.00
  • Elaun Shif Sebulan: RM60.00
  • Elaun Dobi Sebulan: RM40.00
  • Insentif Kedatangan: RM40.00
  • Insentif Khidmat Pelanggan: RM70.00
  • Caruman KWSP, SOCSO dan Skim Insuran Pekerjaan (SIP)
  • Overtime/kerja lebih masa- Berdasarkan keperluan
  • Kemudahan perubatan untuk kakitangan dan tanggungan (rawatan pesakit luar, kemasukan ke hospital dan bersalin bagi pasangan)
  • Insuran kemalangan diri dan insuran nyawa secara berkelompok untuk kakitangan
  • Pakaian seragam
  • Cuti tahunan, Cuti sakit dan hospitalisasi, Cuti penjagaan keluarga, Cuti perkahwinan (bagi yang belum pernah berkahwin), Cuti ‘paternity’, Cuti ehsan dan Cuti peperiksaan.
  • Bonus dan kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan prestasi

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang ingin mencuba, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan dengan lengkap berserta salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil dan lesen.

Borang pemohonan boleh di dapati di kaunter penyambut tetamu Wisma Kesas Lebuh Raya Shah Alam (Lokasi di Google Maps: https://goo.gl/maps/12egxwUCGjpP986a7).

Pihak KESAS akan menilai permohonan yang memenuhi kriteria dan akan disenarai pendek bagi sesi temuduga yang akan dimaklumkan kelak.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2021

Related Posts