Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Cara Memohon Bantuan Anak Pelihara Untuk Dapatkan Bantuan Bulanan RM500 Sekeluarga

Posted on August 17, 2021August 18, 2021 by Admin

Bagi mereka yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan Bantuan Anak Pelihara (BAP).

Misi utama bantuan ini adalah untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim atau yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

ia juga bagi meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Ia merupakan khabar gembira buat anda yang layak kerana akan menerima bantuan seperti berikut:

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak
  • Maksimum RM500 sebulan sekeluarga memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Dalam artikel ini akan diterangkan secara terperinci tentang semua perkara yang perlu dilakukan untuk melayakkan diri anda mendapat bantuan ini. Berikut adalah penerangannya:

Syarat-syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :-
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
  4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Cara Memohon

Bagi mereka yang layak dan ingin memohon. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuat permohonan:

Pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan tempat tinggal pemohon.

Selain itu, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan (KLIK SINI). Jangan lupa untuk membawa dokumen-dokumen sokongan seperti di bawah:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Untuk makluman, pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2021
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme