Permohonan Terkini Pelbagai Jawatan Di PERODUA 2021. Tarikh Tutup 31 Ogos 2021

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Deskripsi Majikan

PERODUA merupakan syarikat pengeluar Automotif Malaysia yang kedua selepas Proton. Ditubuhkan pada 1993, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor.

Pemegang saham Perodua ialah UMW Corporation Sdn Bhd dengan 38% kepentingan, Toyota (25%), MBM Resources Bhd (20%), PNB Equity Resources Corporation Sdn Bhd (10%), dan Mitsui & Co. Ltd (7%).

Jawatan yang ditawarkan

  • Sekuriti
  • Pembantu Teknikal (Technical Assistant)
  • Pereka CAD (CAD Designer)
  • Pembantu Tadbir (Administrative Assistant)

Syarat Lantikan

Sekuriti

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 26-35 tahun
  • SPM dengan kredit dalam 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah
  • Sihat tubuh badan
  • Mempunyai jati diri yang teguh
  • Mereka yang terdiri daripada bekas anggota pasukan keselamatan (ATM/PDRM) digalakkan memohon

Pembantu Teknikal (Technical Assistant)

  • Memiliki Diploma Kejuruteraan Kimia/ Bahan atau yang setaraf.
  • Mempunyai kemahiran dalam penggunaan mesin dan alatan dalam pemeriksaan kualiti bahan non-metal
  • Boleh mengendalikan perisian MS Office

Pereka CAD (Designer CAD)

  • Ijazah dalam Reka Bentuk Perindustrian.
  • Kemahiran dalam sistem CAD (Permukaan 3D)
  • Kemahiran dalam perisian CATIA V5 dan Alias.
  • Kemahiran Microsoft Office.
  • Kemahiran komunikasi dan penulisan yang sangat baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Lulusan baru digalakkan untuk memohon.

Pembantu Tadbir (Administrative Assistant)

  • Diploma Pengajian Perniagaan / Pentadbiran atau setaraf.
  • Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
  • Mampu melakukan pelbagai tugas.
  • Kemahiran Aplikasi Microsoft Office.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG (KLIK SINI)

 

Related Posts