Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Jawatan Kosong Terkini Penolong Jurutera Gred JA29 Di KEMAS. 19 Kekosongan Dibuka

Posted on August 11, 2021August 13, 2021 by Admin

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Deskripsi Majikan

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau KEMAS adalah lanjutan jabatan dari Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Huruf”. KEMAS juga adalah pengelola utama kepada tabika di Malaysia.

Jawatan yang ditawarkan

Penolong Jurutera Gred JA29

  • Secara kontrak
  • Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • Gaji: RM1,549.00 – RM5,701.00
  • Bidang Awam: 12 Kekosongan
  • Bidang Elektrik: 7 Kekosongan

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 21 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Calon hendaklah memiliki kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
  • Memiliki diploma akademik dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Salah satu bidang yang diberi keutamaan adalah seperti berikut:
    i. Diploma Kejuruteraan Awam
    ii. Diploma Kejuruteraan Elektrik
  • Telah menamatkan pengajian dan mempunyai skrol diploma serta transkrip (telah selesai Majlis Konvokesyen);
  • Memiliki Nilai CGPA 3.00 ke atas;
  • Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 12 bulan boleh diberikan keutamaan;
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang menganalisa data / maklumat adalah satu kelebihan;
    (i) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office;
    (j) Mempunyai Lesen Memandu Kelas B2 atau D.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Tarikh tutup 24 Ogos 2021.

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: https://kis.kemas.gov.my/

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
August 2021
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
« Jul   Sep »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme