Permohonan Jawatan Terkini di Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. Gaji Bermula RM1,200

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Deskripsi Majikan

Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) merupakan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menjalankan aktiviti membangunkan ekonomi asnaf fakir dan miskin di Selangor.

Jawatan yang ditawarkan

Kelindan Lori

  • Tangga Gaji: Bermula daripada RM1,200 (tidak termasuk elaun tetap RM300)
  • Tawaran gaji pokok adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman
  • Faedah: Elaun tetap, caruman KWSP, PERKESO, SIP, Cuti Tahunan, Perubatan Pesakit Luar, Insuran Hospital, Tuntutan Pergigian, Carmin Mata dan Latihan Kakitangan

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mempunyai penyakit kronik
  • Mempunyai lesen memandu kelas D
  • Bertanggungjawab, rajin, jujur, amanah, dan memiliki kemhairan komunikasiyang baik

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG