Bantuan RM600 untuk pekerja Malaysia tanpa had gaji: Syarat-syarat & cara memohon PSU 4.0

Seperti mana yang diumumkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) – kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 sebagai kesinambungan program-program sebelumnya.

Berbeza dengan PSU sebelumnya – melalui PSU 4.0, kerajaan akan menampung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan.

  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan bagi semua sektor
  • RM600 sebulan setiap pekerja selama 2 bulan tambahan bagi sektor dalam senarai negatif

Ia juga tidak akan melibatkan syarat had gaji seperti mana yang disyaratkan dalam PSU sebelumnya.

Syarat-syarat kelayakan

  • Kadar penurunan sebanyak 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulanan tahun 2021 berbanding dengan manamana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021 sebelum penularan wabak C-19.
  • Majikan dan pekerjanya hendaklah berdaftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Jun 2021.
  • Majikan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum 1 Jun 2021.
  • Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan semua pekerja yang tersenarai dalam permohonan, sepanjang program dijalankan.

Cara memohon

Bagi yang ingin memohon, permohonan hendaklah dilakukan oleh majikan dengan tatacara berikut:

  • Pendaftaran dibuat di portal PSU – KLIK SINI
  • Majikan akan menerima No. Rujukan selepas permohonan lengkap dibuat
  • Boleh menyemak status permohonan menggunakan No. Rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU juga akan dipaparkan di laman web PERKESO – MyFuturejobs termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Dokumen yang diperlukan

  • Senarai nama pekerja (mengikut syarat kelayakan yang telah ditetapkan)
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
  • Akuan Pengisytiharan PSU 4.0

Permohonan PSUI 4.0 dibuka sehingga 31 OKTOBER 2021 dan untuk maklumat terperinci program, rujuk DI SINI.

Related Posts