Permohonan Pelbagai Jawatan Terkini Dibuka Di FELDA 2021 ~ Para Graduan Layak Memohon

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang bertujuan bagi menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Seiring peredaran zaman, FELDA telah mengambil langkah untuk mempelbagaikan kegiatannya daripada kegiatan pembangunan tanah yang asal kepada usaha-usaha ekonomi yang lain yang mana sebilangannya kegiatan itu langsung tidak berkait dengan petempatan semula.

Dengan perkembangan besar ini, pihak FELDA ingin terus menambah tenaga kerja di dalamnya bagi memperhebatkan lagi operasi dan pengurusannya.

Pihak FELDA mempelawa warganegara yang berkelayakan dan komited untuk memohon jawatan-jawatan seperti berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Pegawai Pertanian
  2. Doktor Veterinar
  3. Akauntan
  4. Pegawai Tadbir (Perancangan & Strategik)
  5. Pegawai IT (Analisa Data & Pelaporan)

Syarat-syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 28 hingga 35 tahun
  • Keadaan kesihatan yang sempurna
  • Tiada rekod jenayah
  • Mampu bekerja seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Boleh untuk keluar stesen jika diperlukan
  • Mampu berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan

Bagi mengetahui syarat-syarat kelayakan terperinci bagi setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke alamat e-mel: hr.ficipm@fic.net.my.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Related Posts