Jawatan Terkini Di Jabatan Penerangan Malaysia – Gaji RM1,352 Sehingga RM4,003

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Jabatan Penerangan Malaysia

Deskripsi Jabatan

Menterjemah dan memasar maklumat kerajaan melalui pelbagai kaedah komunikasi yang strategik dan berkesan selari dengan perkembangan ekosistem semasa.

Lokasi Jabatan

Aras 5, 8 -16 dan 18, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, Putrajaya, Malaysia

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Juruaudio Visual Gred N19

Deskripsi Tugas 

Bertanggungjawab mengendalikan pemasangan alat audio visual, memberi khidmat kemudahan alat siar raya dan peralatan audio visual kepada Pegawai Pengembangan, menjalankan kerja “post production” dan salinan koleksi bahan media, menjalankan kerja penyediaan bahan pameran dan menyelenggarakan peralatan alat audio visual.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Akademik
a. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
c. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Syarat Lain

Memiliki lesen memandu Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; dan

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat SPM : RM1,352 (Gred N19)
2. Gaji Permulaan Peringkat SPM Dan Sijil Tahap 2 : RM1,408.40
3. Gaji Permulaan Peringkat SPM Dan Sijil Tahap 3 : RM1,464.80

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
8 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts