Jawatan Terkini Di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia – Gaji RM1,549 Sehingga RM5,701

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Deskripsi Jabatan

Mengawalselia kenderaan motor, pemandu dan lalulintas jalan supaya selamat dan efisyen melalui penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berteknologi tinggi bagi memenuhi keperluan pelanggan dan negara serta menjaga kebajikan dan membangunkan keupayaan warga yang profesional.

Lokasi Jabatan

Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Penolong Jurutera Gred JA29

Deskripsi Tugas 

1. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik
2. Mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender
3. Menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Akademik
a. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Sijil Bidang Kejuruteraan : RM1,549 (Gred JA29)
2. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Bidang Kejuruteraan : RM1,935.02 (Gred JA29)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
2 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts