Jawatan Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Gaji RM2,429 Sehingga RM9,656

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Deskripsi Jabatan

Antara fungsi KKM adalah meningkatkan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui formula-formula polisi yang efisien dan cekap serta memantau perkhidmatan yang disediakan oleh pelbagai agensi kesihatan dan berperanan membantu individu untuk mencapai satu taraf kesihatan yang baik supaya membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Lokasi Jabatan

Kementerian Kesihatan Malaysia , Kompleks E, Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Dietetik Gred U41

Deskripsi Tugas 

a. Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Melaksanakan langkah-langkah dalam “nutrition care process” seperti “nutritional prescription”, “nutrition monitoring and evaluation” bagi setiap pesakit dalam atau pesakit luar yang dirujuk oleh doktor untuk mencapai tahap kesihatan yang optima.
b. Perkhidmatan Dietetik Komuniti
Menyumbang kepada program/aktiviti dalam perkhidmatan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit kepada hospital, klinik-klinik kesihatan, organisasi dan media massa.
c. Penyediaan Perkhidmatan Makanan
Menyelia operasi penyediaan makanan untuk memastikan diet normal, diet teraputik atau “tube feeding” yang disediakan untuk pesakit adalah betul, mengikut preskripsi dan menepati tahap kualiti perawatan.
d. Latihan
Memberi latihan mengenai penyediaan diet-diet kepada Tukang Masak, Penyelia Asrama dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
e. Memberi perkhidmatan pemakanan/diet di hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Akademik
a. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang dietetik yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,429 (Gred U41)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
2 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts