Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Honda Malaysia 2021. Terbuka Kepada Graduan

Honda Motor Company, Ltd. ialah sebuah syarikat pengeluaran Automotif Jepun yang ditubuhkan oleh Soichiro Honda pada tahun 1946. Pada awalnya, syarikat ini dikenali sebagai “Institut Penyelidikan Teknik Honda” di Hamamatsu, Jepun, dan dua tahun kemudian nama syarikat bertukar kepada Syarikat Honda Motor.

Syarikat Honda turut beroperasi di Malaysia dikenali sebagai Honda Malaysia. Pastinya ia menjadi piliha ramai untuk menjadi pekerja di syarikat ini kerana reputasinya di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat semua, Honda Malaysia Sdn Bhd kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pihak Honda Malaysia mempelawa mereka yang berkelayakan dan berdedikasi untuk memohon jawatan-jawatan seperti berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Eksekutif, Operasi Inventori (Alat ganti)
  2. Eksekutif, Pengembangan Perniagaan (Alat ganti)
  3. Eksekutif, Pakar Sokongan Pengurusan Perniagaan Peniaga SAP (DBM)
  4. Eksekutif, Teknologi Maklumat
  5. Eksekutif, Pusat Panggilan (Perhubungan Pelanggan)

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Pengalaman dalam industri automotif adalah kelebihan tambahan

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan mengisis butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

 

 

Related Posts