Jawatan Terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) – Gaji RM2,317 Sehingga RM9,620

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

Deskripsi Jabatan
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Lokasi Jabatan

Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E, Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Teknologi Makanan Gred C41

Deskripsi Tugas 

Menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan dan kualiti makanan ke atas industri makanan, pematuhan makanan domestik dan import, kawalan eksport makanan serta analisis makanan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Pegawai Teknologi Makanan juga bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti surveilan dan analisis risiko keselamatan makanan,codex dan standard, dasar keselamatan makanan, pensijilan halal dan memastikan keselamatan makanan di Tadika KEMAS.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Akademik
a. Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains makanan, sains dan teknologi makanan, pengurusan kualiti makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian  : RM2,317 (Gred C41)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
2 Ogos 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts