Jawatan Terkini Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 – Gaji RM1,493 Sehingga RM5,696

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Deskripsi Jabatan
Fungsi utama jabatan ini adalah untuk semua 57 pintu masuk sempadan Malaysia dengan membuat ujian ke atas semua barang pertanian yang diimport ke negara ini selamat untuk setiap rakyat Malaysia.

Lokasi Jabatan
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Aras 4, Menara 4G1, Wisma Tani, No.28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya,Malaysia

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Deskripsi Tugas 

Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah (Jabatan Perkhidmatan Haiwan).

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2.Syarat Akademik
a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
d. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
e. Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f. Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Ukuran Fizikal Dan Pancaindera

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
c. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia  : RM1,493 (Gred KP29)
2. Gaji Permulaan Peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia : RM1,493 (Gred KP29)
3. Gaji Permulaan Peringkat Sijil Veterinar/Sijil Pertanian : RM1,493 (Gred KP29)
4. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Berkaitan : RM1,770.95 (Gred KP29)
5. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Undang-Undang : RM1,846.15 (Gred KP29)
6. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Bidang Perikanan, Pertanian : RM1,846.15 (Gred KP29)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
28 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts