Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa (100 Kekosongan). Tarikh Tutup 28 Julai 2021

Posted on July 21, 2021July 21, 2021 by Admin

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

Untuk maklumat pemohon, fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengawal semua 57 pintu masuk sempadan Malaysia dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan pertanian yang diimport ke negara ini selamat untuk setiap rakyat Malaysia.

Jabatan ini juga menghalang kemasukan barangan pertanian yang tidak selamat dan banyak cubaan untuk membawa masuk barangan pertanian yang tidak selamat ke negara ini berjaya disekat.

Selain daripada itu, jabatan ini memberikan perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk sempadan Malaysia.

Pihak MAQIS mempelawa warganegara Malaysia yang berdedikasi dan berlekayakan untuk memohon jawatan seperti berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

  • Gaji: RM1,493.00 sehingga RM5,696.00
  • Kenaikan tahunan: RM145.00
  • Kekosongan: 100
  • Simpanan: 40

Syarat Lantikan

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Diploma dalam bidang perikanan, pertanian, hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains vertinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut syarat lantikan

Maklumat lebih terperinci mengenai jawatan ini boleh dilihat di pautan berikut: https://imej.spa.gov.my/dev/pdf/iklan2021/IKLAN-SPA9_PG-MAQIS-PenolongPegawaiPenguatKuasaGredKP29.pdf

Cara Memohon

Calon yang berminat dan memnuhi sayart yang ditetapkan boleh membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9): https://spa9.spa.gov.my/login

Tarikh tutup permohonan bagi urusan ini adalah sebelum atau pada 28 Julai 2021 (Rabu), jam 11.59 malam.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jun   Aug »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme