Jawatan Terkini Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 – Gaji RM2,081 Sehingga RM9,547

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Deskripsi Jabatan

Kementerian ini diwujudukan untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.

Lokasi Jabatan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2.Syarat Akademik
a. Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
c. Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Bahasa Melayu
e. Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

4. Syarat Ukuran Fizikal Dan Pancaindera

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
c. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
d. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
e. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda  : RM2,081 (Gred KP41)
2. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian  : RM2,081 (Gred KP41)
3. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang  : RM2,387 (Gred KP41)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila rujuk disini : Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
26 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

 

Related Posts