Permohonan Pelbagai Jawatan Dibuka Di FELCRA Berhad. Tarikh Tutup 31 Julai 2021

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.

Pihak FELCRA Berhad mempelawa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Penuai

  • Gaji: RM1,200 hingga RM1,800
  • Kawasan: Bukit Jetit, Bukit Keladi, Kg Wa, Bukit Kapah Banggul Gajah Mati, Panchor Merah, Bukit Kesing, Seri Bandi, Durian Burung, Pelong, Limau Nipis, Darat Datok, Bukit Sudu, Hulu Berang (Terengganu)

Operator Jentera

  • Kawasan: Durian Burung, Keruak, Pelong, Bukit Jetit, Bukit Keladi, Kg Wa, Bukit Kapah, Darat Datok (Terengganu)

Deskripsi kerja

Untuk makluman calon, berikut adalah penerangan ringkas mengenai jawatan kosong yang ditawarkan:

Penuai :

  • Menuai Buah Tandan Segar (BTS) Dengan Mematuhi Disiplin Penuaian Berdasarkan SOP FELCRA Berhad Yang Telah Ditetapkan

Pemandu Jentera :

  • Mengendalikan Jentera Pertanian Bagi Urusan Operasi Ladang FELCRA Berhad

Tarikh Tutup Permohonan

31 Julai 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Nurfarhana – 0129394982 atau En Luqman – 0199445455

Cara Memohon

Calon dikehendaki untuk melengkapkan maklumat di pautan berikut: https://forms.office.com/Pages/ResponsePage.aspx?id=B23f2uG8vkC2NSLQ7dLhhz01e_Bb1ApMlgIjrFHplb1UNlRZSU5JSlhTV0pOM1NJNVMwUUFYUVA0SS4u&qrcode=true

Sila pastikan calon mengisi maklumat dengan betul. Calon akan dihubungi untuk ke sesi temu duga yang akan ditetapkan pada masa akan datang.