Permohonan Jawatan Penolong Penguasa Polis Bantuan Tabung Haji (TH). Tarikh Tutup 20 Julai

Tabung Haji (TH) ialah singkatan bagi “Lembaga Tabung Haji” atau LTH. Sebelum ini, TH dikenali sebagai “Lembaga Urusan dan Tabung Haji” atau LUTH di Malaysia yang berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun.

 

Bangunan ibu pejabat TH yang dikenali sebagai Menara TH Tun Razak, berlokasi di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, Malaysia. TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen.

TH beroperasi berlandaskan tiga aktiviti utama iaitu:

  • Tabungan Menyediakan Perkhidmatan tabungan untuk umat Islam.
  • Pelaburan Pelaburan Dana yang terkumpul dan Pengawasan fungsi pelaburan.
  • Haji Perkhidmatan Haji tanah air dan di tanah suci.

Pihak Tabung Haji mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Penolong Penguasa Polis Bantuan (ASP) (GRED PE)

Deskripsi Kerja

  • Bertanggungjawab melaksana pencegahan jenayah dan memastikan pematuhan anggota Polis Bantuan Tabung Haji (TH) terhadap undang-undang Malaysia dan peraturan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Keselamatan Perlindungan di TH bagi memastikan anggota sentiasa patuh serta memahami mengenai arahan semasa yang berkuatkuasa.

Syarat Kelayakan

  • Memiliki Sarjana Muda dari Universiti yang diiktiraf kerajaan
  • 10 tahun pengalaman dalam bidang keselamatan bagi calon luar atau sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam gred PD bagi anggota TH
  • Telah menjalani kursus asas polis bantuan dan mendapat sijik yang diiktiraf PDRM

Tarikh Tutup

20 Julai 2021

Cara Memohon

Bagi mereka yang berminat untuk memohon jawatan ini, adan boleh melakukan permohonan di Linkedin Lembaga Tabung Haji seperti di pautan berikut: Linkedin Lembaga Tabung Haji (Klik sini).