Permohonan Jawatan Dibuka Di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Tarikh Tutup 16 Julai

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM (terkini APM).

Fungsi APM adalah:

  • Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.
  • Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan Awam angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
  • Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.

Pihak APM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Anggota Teknologi Maklumat (ASTP)

Kelayakan Akademik

Sijil Kemahiran/Diploma/Sarjana Muda Sains Komputer @ Teknologi Maklumat

Syarat-syarat Permohonan

1. Terbuka kepada anggota APM atau Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Terbuka kepada lelaki dan wanita.
4. Boleh bekerja lebih masa.
5. Boleh mengikut tatacara bekerja badan beruniform.

Penerangan Tugasan

  • Waktu bekerja : 8.00 pagi – 5.00 petang; Isnin – Jumaat (tidak termasuk kerja lebih masa).
  • Sabtu & Ahad : Cuti (kecuali diminta kerja lebih masa).
  • Membaiki komputer dan apa sahaja yang berkaitan dengan IT.
  • Lain–lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.
  • Tempat bertugas di Akademi Latihan Pertahanan Awam , Bangi, Selangor.

Kemudahan

  • Elaun RM9.80/sejam (Pegawai)
  • Elaun RM8.00/sejam (Lain-lain Pangkat).

Cara Memohon

Jika berminat, hantar resume beserta salinan sijil lengkap kepada italpha@civildefence.gov.my sebelum 16.07.2021 (Jumaat) jam 12 Tengahari. Hanya yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk ditemuduga kemudian.

Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung dengan :-

PUAN RISMAYANTI BINTI IDRIS (014-5297642)
PBT (PA) MUMTAZ NUR FARAHEEN BINTI ABDUL MANAF (010-5701113)
ENCIK NIK NUR MOHAMED ZULFAKAR BIN NIK ZAINUDDIN (013-9171761)

❑ Bagi yang berjaya tapisan akan dihubungi melalui telefon untuk jadual temuduga.
❑ Sila bawa segala dokumen asal semasa temuduga