Permohonan Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 – Gaji RM1,493 Sehingga RM5,672

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri

Deskripsi Jabatan
Memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara

Lokasi Jabatan
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2.Syarat Akademik
a. Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat STPM : RM1,493 (Gred S29)
2. Gaji Permulaan Peringkat STAM : RM1,493 (Gred S29)
5. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Bidang Berkaitan : RM1,770.95 (Gred S29)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
7 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

Related Posts