Permohonan Pelbagai Jawatan Di Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd. Tarikh Tutup 25 Julai 2021

Puncak Niaga Holdings Berhad ialah sebuah syarikat konsesi bekalan air Malaysia yang membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

SYABAS ialah anak syarikat Puncak Niaga sehingga 2014 apabila ia bertukar nama kepada Air Selangor.

Kumpulan ini berurusan dengan membekalkan dan mengagihkan air dirawat kepada para pelanggan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dengan misi yang hebat ini, pihak Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  • Pembantu Peribadi
  • Setiausaha Eksekutif
  • Front Office
  • Pemandu Peribadi/Pool
  • Polis Bantuan/Pengawal Keselamatan
  • Polis Bantuan cum Pengawal Pengiring

Setiap jawatan mempunyai syarat lantikan yang berbeza. Untuk maklumat terperinci boleh lihat di sini.

Misi Syarikat

  • Untuk memenuhi cabaran yang semakin meningkat dalam permintaan air, air limbah dan kejuruteraan alam sekitar, perkhidmatan pengurusan fasiliti, pengembangan harta tanah, sektor perkebunan dan pembinaan melalui penerapan perencanaan strategi, standard kualiti tinggi, perkhidmatan yang efisien, pengembangan modal insan, teknologi inovatif dan sistem operasi.
  • Untuk berpartisipasi aktif dalam peluang perniagaan tempatan, serantau dan global dengan kaitan dengan aktiviti teras Syarikat.
  • Untuk berkongsi pengalaman dan menawarkan kepakaran kami melalui Perkongsian Perniagaan Pintar, Perkongsian Swasta Awam atau model perniagaan inovatif lain untuk memperluas pertumbuhan perniagaan.

Tarikh Tutup Permohonan

25 Juali 2021

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan di sini. Sebelum memohon anda diminta mendaftarkan diri di MyFutureJobs seperti berikut:

  1. Untuk mendaftar MyFutureJobs, anda perlu pergi ke laman web myfuturejobs.gov.my
  2. Kemudian, klik pada butang “register” di bawah untuk membuat pendaftaran akaun MyFutureJobs
  3. Masukkan maklumat anda seperti E-mail, no kad pengenalan dan password kemudian klik pada “register
  4. Baca Terma& Syarat serta Polisi Privasi sebelum anda meneruskan untuk mendaftar dan klik butang “accept” jika anda setuju dengan syarat dan polisi tersebut
  5. Masukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk mendaftar akaun MyFutureJobs seperti Pekerjaan yang diingini, Pengalaman, Latar Belakang Pendidikan dan Kemahiran yang anda ada.
  6. Klik daftar dan anda akan mendapat akaun baharu untuk MyFutureJobs dan boleh muka mencari pekerjaan yang anda mahukan.

Semoga perkongsian diatas dapat memudahkan anda untuk mendaftar akaun di MyFutureJobs dan mendapat peluang pekerjaan yang anda impikan.