Permohonan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 – Gaji RM1,493 Sehingga RM5,696

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Kementerian Dalam Negeri (Melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Deskripsi Jabatan
Memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara

Lokasi Jabatan
Blok D1, D2 & D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran,Kerajaan Persekutuan, 62546 Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Deskripsi Tugas
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

2.Syarat Akademik
a. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
b. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
c. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
d. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
e. Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3.Syarat Ukuran Fizikal dan Pancaindera

a. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
e. lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

4. Syarat Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat STPM : RM1,493 (Gred KP29)
2. Gaji Permulaan Peringkat STAM : RM1,493 (Gred KP29)
3. Gaji Permulaan Bekas Anggota Polis/Tentera : RM1,493 (Gred KP29)
4. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Bidang Berkaitan : RM1770.95 (Gred KP29)
5. Gaji Permulaan Peringkat Diploma Undang-Undang : RM1,846.15 (Gred KP29)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
7 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

*Jawatan ini turut dibuka dipelbagai kementerian yang lain

Related Posts