Permohonan Jawatan Dibuka di Kementerian Pengangkutan Malaysia ~ Kelayakan minima SPM

Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Kementerian Pengangkutan Malaysia kini telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan

  1. Penolong Jurutera Elektrik
    • Upah sehari: RM72
  2. Pembantu Tadbir
    • Upah sehari: RM54

Syarat-syarat Kelayakan Jawatan

Penolong Jurutera Elektrik

  • Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun pengalaman berkaitan.

Pembantu Tadbir 

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohon

Kepada yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: https://apps.rac.gov.my/ejawatan/.

Calon dikehendaki mengisi borang permohonan jawatan dengan lengkap dan tepat bagi memudah proses permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 29 JULAI 2021, 12 TENGAH HARI. 

Related Posts