Permohonan Terkini Pegawai Antidadah Gred S41 – Gaji RM2,078 Sehingga RM9,544

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Deskripsi Jabatan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah agensi utama di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri dalam memerangi penyalahgunaan dadah & dadah di Malaysia melalui Pendidikan Pencegahan Dadah serta Program Penguatkuasaan dan Keselamatan.

Lokasi Jabatan
Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Antidadah Gred S41

Deskripsi Tugas
Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

Syarat Dan Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

1. Syarat Umum
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

2. Kelayakan Akademik
(i) ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,078 (Gred S41)
2. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian : RM2,281.86 (Gred S41)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

Related Posts