Jawatan Terkini Pengawas Hutan Gred G19 – Gaji RM1,357 Sehingga RM4,008

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)

Deskripsi Jabatan
Merancang Dan Melaksanakan Dasar Serta Strategi Negeri Untuk Memacu, Menggalak Dan Membantu Pembangunan Sosio-Ekonomi Di Negeri Sembilan

Lokasi Jabatan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pengawas Hutan Gred G19

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.

Syarat Dan Kelayakan

1. Syarat Umum

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

2. Syarat Kelayakan Akademik (SPM/Sijil)
(a) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(b) Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(c) Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Sarawak) : RM1,413.40 (Gred G19)
2. Gaji Permulaan Peringkat SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan (Semenanjung) : RM1,469.80 (Gred G19)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

Related Posts