Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Bantuan Khas Covid-19 (BKC): Bayaran RM100 – RM500 untuk golongan miskin tegar, B40 & M40

Posted on June 28, 2021 by Admin

Sebagai usaha meringankan beban rakyat ketika ini, kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata – ia bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan peruntukan dana sebanyak RM4.6 billion.

Berikut adalah nilai BKC dan syarat kelayakannya:

  • Isi rumah miskin tegar: RM500 pada Ogos, RM500 pada November, dan RM300 pada Disember.
  • Bujang miskin tegar: RM200 pada Ogos dan RM300 pada November.
  • Isi rumah B40: RM500 pada Ogos dan RM300 pada Disember.
  • Bujang B40: RM200 pada Ogos.
  • Isi rumah M40: RM250 pada Ogos
  • Bujang M40: RM100 pada Ogos.

Selain itu, pelaksanaan program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) fasa-3 tetap akan berjalan pada tahun ini dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 yang akan dibayar pada September.

Dalam pengumuman sama, Kerajaan turut memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme