Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Jawatan Dibuka Di Pusat Pungutan Zakat (PPZ). Tarikh Tutup 9 Julai 2021

Posted on June 27, 2021June 27, 2021 by Admin

Pusat Pungutan Zakat atau PPZ merupakan salah satu daripada institusi-institusi zakat utama di Malaysia. PPZ telah ditubuhkan pada 1991 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didaftarkan sebagai nama syarikat Hartasuci Sdn Bhd dibawah Akta Syarikat 1965.

Penubuhan PPZ secara khususnya adalah hanya untuk mengutip zakat terutamanya zakat harta khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Manakala tanggungjawab menguruskan agihan zakat masih dibawah kelolaan penuh Baitulmal MAIWP.

PPZ dari tahun ke tahun memperolehi pencapaian yang sangat membanggakan. Jumlah kutipan terkumpul sejak tahun 1991 sehinggalah 2011 mencecah RM2.2 Billion dan hasil pengumpulan dana yang besar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bahagian Baitulmal, MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.

Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

 

Jawatan yang ditawarkan

Eksekutif hubungan strategik

  • Jawatan kontrak (1 kekosongan)

Syarat Lantikan

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
  • Lelaki
  • Boleh bertugas dengan baik di bawah tekanan dan menetapi had masa yang ditetapkan
  • Boleh berkomunikasi dan menulis dengan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
  • Mempunyai pemikiran kritis, kreatif serta berkemampuan merancang dan menganalisis strategi
  • Berkebolehan membuat kertas kerja
  • Mempunyai pengalaman dalam perancangan strategik
  • Berkebolehan dalam pemasaran
  • Berkemampuan menggunakan medium teknologi
  • Boleh membaca Al-Quran dengan baik
  • Mempunyai lesen memandu kelas D

Tarikh Tutup Permohonan

9 Julai 2021 (Jumaat)

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukurn passport dan salinan sijil kepada:

Unit Sumber Manusia

Pusat Pungutan Zakat – MAIWP

Wisma PPZ

68-1-6, Dataran Shamelin

Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa

56100 Kuala Lumpur

Email: [email protected]

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme