Permohonan Latihan Separa Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Deskripsi Jabatan
Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

Lokasi Jabatan
Kompleks E, Blok E1, E3, E6, E7 & E10, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Bertaraf Sijil

Syarat Dan Kelayakan

1. Syarat Kelayakan Umum
a. Warganegara Malaysia;
b. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
c. Sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V);
d. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon

2. Kategori Pemohon dan Had Umur

a. Pemohon yang merupakan calon lepasan SPM:
i. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

b. Pemohon yang merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat dalam perkhidmatan awam am persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
i. Umur tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup permohonan;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
iii. Mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

Maklumat Jenis Latihan Separa Perubatan

Sila klik pada jenis latihan dibawah untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan latihan yang disediakan :

1. Latihan Jururawat
2. Latihan Penolong Pegawai Perubatan
3. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Latihan Juru X-Ray
5. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
6. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
7. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
9. Latihan Juruteknologi Pergigian
10. Latihan Juruterapi Pergigian
11. Latihan Pembantu Kesihatan Awam (Sijil)
12. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian (Sijil)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

 

Related Posts