Institut Profesional Baitulmal (IPB) terletak di Kuala Lumpur,Malaysia. IPB menyediakan kelas persediaan kepada pelajar yang lemah berbahasa Inggeris dan matematik sebelum diterima masuk ke program sijil dan diploma.
Pada 16 April 2010, Pengerusinya Tan Sri Hanafiah Ahmad menyatakan IPB merancang dinaiktaraf menjadi sebuah kolej universiti bagi membolehkan IPB mengeluarkan sijil sendiri yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan diperakui Kementerian Pengajian Tinggi.
Selepas 18 tahun ditubuhkan, IPB telah melahirkan 5600 graduan profesional.
Untuk makluman semua, Institut Profesional Baitulmal mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan
Ketua Pegawai Eksekutif
- Kekosongan jawatan: 1
- Gaji: RM10,000 – RM12,000
- 2 tahun kontrak
Syarat Lantikan
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Bidang Pengurusan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran Awam atau Kelayakan Yang Setaraf Dengannya.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 7 tahun ke atas pengalaman dalam Pengurusan Industri Pendidikan atau mana-mana institusi yang setaraf dengannya.
- Berumur 45 tahun dan ke atas.
Ringkasan Bidang Tugas :
- Bertanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan hal ehwal organisai dan melaporkan kepada Pengerusi, Lembaga Pengarah KPBKL dan stakeholder berkaitan hal-hal pembangunan dan perjalanan organisasi.
- Bertanggungjawab mengetuai dan menguruskan hal ehwal pengurusan.
- Memastikan pentadbiran dan pengurusan IPTS mematuhi Akta IPTS (Akta 555) dan keperluan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.
- Memastikan kualiti kurikulum kursus pengajian dan program yang ditawarkan memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia dan keperluan semasa.
- Merangka dan melaksanakan pelan strategik yang membimbing arah organisasi.
- Memastikan pencapaian Key Performance Indicators.
- Mengawasi operasi lengkap sesebuah organisasi mengikut arah yang ditetapkan dalam rancangan strategik.
- Mewujudkan, berkomunikasi dan melaksanakan visi, misi, dan arah keseluruhan organisasi.
- Bersedia dan melaksana tugas-tugas khas dari Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah dari masa ke semasa.
Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021
Cara Memohon
Sekiranya anda adalah seorang yang mempunyai tahap kepemimpinan yang tinggi, berdaya saing, kreatif dan berinovasi, komited dan berfikiran positif serta mampu bekerja dalam suasana mencabar, sila hantarkan surat permohonan, resume dan salinan sijil serta transkrip Akademik anda kepada:-
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, MENARA AKADEMIK
KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
LOT 1363, JALAN PERKASA
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
EMAIL: [email protected]