Permohonan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 – Gaji RM2,315 Sehingga RM9,618

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perkhidmatan Awam

Deskripsi Jabatan
MAMPU bertanggungjawab untuk ‘memodenkan dan mereformasi’ sektor awam dalam bidang pembaharuan pentadbiran.

Lokasi Jabatan
Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia.

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Syarat Dan Kelayakan

1. Syarat Lantikan Umum

a. warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Tahap Pendidikan

a. Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya.

b. Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

c. Ijazah Sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Yang Ditawarkan

1. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Sains Komputer Dan Teknologi Maklumat) : RM2,315 (Gred F41)
2. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Komputer) : RM2,522.44 (Gred F41)
3. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Sarjana (Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer) : RM2,833.78 (Gred F41)
4. Gaji Permulaan Peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) (Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer) (Gred F41)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
4 Julai 2021

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk Disini

Related Posts