Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia.
Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.
TH mempunyai sekitar sembilan juta pendeposit dengan 123 cawangan dan 10,000 titik sentuh di seluruh negara. TH juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia.
Lembaga Tabung Haji mempelawa mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan
Eksekutif Perhubungan Media
Deskripsi Kerja
Sebagai Eksekutif Perhubungan Media, anda akan bertanggungjawab untuk mengembangkan dan memelihara program hubungan media yang proaktif, menyebarkan maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat melalui media.
Bekerja dengan rakan sekerja, kakitangan jabatan atau bahagian yang berkaitan, anak syarikat, media luaran, dan pihak lain yang berkaitan untuk memajukan keterlihatan dan tujuan TH.
Tugas anda merangkumi membantu mencari dan meneliti idea cerita dengan segera, mengembangkan hubungan dengan Editor dan Wartawan, dan meletakkan cerita dan ulasan untuk memastikan bahawa mesej utama TH menjangkau khalayak sasaran.
Syarat Kelayakan
- Pemegang Ijazah dalam Komunikasi Massa atau setaraf.
- Latar belakang dalam Komunikasi Korporat diperlukan dan berpengalaman dalam bahasa Melayu dan / atau bahasa Inggeris
- Minimum tiga (3) tahun pengalaman kerja yang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini.
- Pengalaman tambahan dalam media dan institusi kewangan adalah kelebihan tambahan
Tarikh Tutup
30 Jun 2021
Cara Memohon
Bagi mereka yang berminat untuk memohon jawatan ini, adan boleh melakukan permohonan di Linkedin Lembaga Tabung Haji seperti di pautan berikut: Linkedin Lembaga Tabung Haji (Klik sini)