Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT JABATAN
Nama Jabatan
1. Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
2. Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Deskripsi Jabatan
Mentransformasi sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik dan kompetetif.
Lokasi Jabatan
Unit Komunikasi Korporat, Aras 1, Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia.
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan
Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Syarat Dan Kelayakan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
(d)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
ATAU
2. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
DAN
3. Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera berikut:
a. Ketinggian badan sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
b. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
c. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
d. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
e. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
g. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Gaji Yang Ditawarkan
1. Gaji Permulaan Peringkat SPM / Bekas Anggota Polis Atau Tentera : RM1,360.00 (Gred KP19)
2. Gaji Permulaan Peringkat SPM Dan SKM Tahap 2 : RM1,416.40 (Gred KP19)
3. Gaji permulaan Peringkat SPM Dan SKM Tahap 3 : RM1,472.80 (Gred KP19)
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini
Tarikh Tutup Permohonan
27 Jun 2021 (Ahad), Jam 11.59 Malam
Iklan Penuh Permohonan – Rujuk DisiniĀ