Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Kosong di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad 2021

Bank Rakyat merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset. Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah memacu perkembangan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun.

Bank Rakyat komited dalam menawarkan kemudahan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang pelbagai serta inovatif.

Sebagai sebuah agensi di bawah seliaan MEDAC, Bank Rakyat turut menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara dan usahawan.

Bank Rakyat mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Eksekutif (Kontrak) – Di seluruh negara

  • Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
  • Pelbagai lokasi kerja
  • MYR 1,800 – MYR 2,500

Deskripsi Kerja

1. Ijazah yang diiktiraf dalam Perbankan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam atau setaraf dan mendapat sekurang-kurangnya:
a) PNGK 3.00 ke atas (Perakaunan & Kewangan).
b) PNGK 3.25 & ke atas (berkaitan dengan Perbankan / Perbankan Islam).
2. Kemahiran komunikasi bertulis & interpersonal yang sangat baik.

Nota

1) Harap maklum bahawa hanya pemohon yang berjaya akan dihubungi & penempatan bergantung pada ketersediaan kekosongan.
2) Kekosongan boleh didapati di Head Quarter dan Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara.
3) Fresh Graduate digalakkan untuk memohon
4) Kedudukan adalah berdasarkan kontrak

Cara Memohon

Mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap di portal kerja Jobstreet. Borang boleh diisi di link yang disediakan dibawah:

Borang Permohonan Jawatan Bank Rakyat

 

Related Posts