Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Lebih 130 tahun bertapak di Malaysia: HSBC Malaysia tutup 13 cawangannya akhir tahun ini

Posted on June 19, 2021 by Admin

HSBC Bank Malaysia Bhd dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan bahawa badan kewangan itu bakal menutup 13 cawangannya di negara ini pada 31 Disember 2021.

Memetik laporan Berita Harian, langkah itu diambil sesuai dengan usaha HSBC bagi memperluaskan operasi perbankan digitalnya serta mengurangkan cawangan seiring dengan perkembangan terbaharu perkhidmatan kewangan dan perbankan.

Telah menjalankan operasinya di negara ini sejak tahun 1884, HSBC menyatakan – transformasi berkenaan membabitkan pelaburan dalam kemampuan digitalnya dengan membuat perubahan kepada teknologi dan cawangan untuk memenuhi harapan pelanggan.

“HSBC kini fokus dalam pelaburan untuk mengubah untuk masa depan perbankan melalui pendigitalan dan sebagai sebahagian daripada transformasi ini, sebanyak 13 cawangan bank kami akan ditutup pada 31 Disember 2021.

“Pelanggan dapat terus melakukan urus niaga perbankan mereka melalui cawangan terdekat, mesin juruwang automatik (ATM), perbankan telefon atau platform perbankan digital seperti aplikasi perbankan HSBC Malaysia atau perbankan dalam talian HSBC.

“Kami ingin mengulangi komitmen berterusan terhadap perniagaan HSBC di Malaysia dan mengubah masa depan perbankan,” petikan kenyataan HSBC dari BERNAMA.

Dalam masa sama, HSBC terus menyatakan komitmennya terhadap Malaysia, seperti yang dapat dilihat melalui pelaburan AS$250 juta bagi ibu pejabat baharunya di Malaysia, iaitu di hab kewangan TRX.

Ia juga melakukan pelaburan sebanyak AS$18 juta dari tahun 2018 hingga 2020 bagi membolehkan HSBC Malaysia  mengembangkan format cawangan yang inovatif dan menggunakan cara baharu dalam memberi perkhidmatan pelanggan.

Badan itu turut menekankan pelaburan sejumlah AS$40 juta dari tahun 2021 hingga 2023 bagi melengkapkan cawangannya dengan kemapuan digital yang dipertingkatkan dan berteknologi baharu.

“Kami mempunyai sejarah panjang lebih daripada 130 tahun di Malaysia dan merancang untuk terus berkhidmat kepada pelanggan dan membuat pelaburan untuk pekerja, rangkaian dan perniagaan,” memetik kenyataannya.

Sumber: Berita Harian & Bernama.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme