Permohonan Pembantu Geosains Gred C19 – Gaji RM1,357 Sehingga RM4,008

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Cawangan Semenanjung, Sabah dan Sarawak)

Deskripsi Jabatan
JMG merupakan agensi kerajaan yang mempunyai autoriti dan kepakaran bagi menerajui penyiasatan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang mineral dan geosains dalam negara.

Lokasi Jabatan

1. Semenanjung : Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Aras 8 dan 9, Menara PjH, No. 2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya.

2. Sabah : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Sabah), Jalan Penampang, Beg Berkunci 2042, 88999 Kota Kinabalu, Sabah.

3. Sarawak : Jabatan Mineral dan Geosains (Sarawak), Jalan Wan Abdul Rahman, Kenyalang Park, P.O. Box 560, 93712 Kuching, Sarawak.

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Pembantu Geosains Gred C19

Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Sijil Pelajaran Malaysia / Kelayakan Setaraf :

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam salah satu daripada subjek Matematik, Fizik, Kimia atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Bidang : Geomatics and Land Surveying, Juruteknik Geospatial)

Gaji Yang Ditawarkan
1. Gaji Permulaan Peringkat SPM dengan KepujianĀ  : RM1,357.00 (Gred C19)
2. Gaji Permulaan Peringkat SPM beserta SKM Tahap 2 : RM1,413.00 (Gred C19)
3. Gaji Permulaan Peringkat SPM beserta SKM Tahap 3 : RM1,469.80 (Gred C19)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
20 Jun 2021 (Ahad), Jam 11.59 Malam

Iklan Penuh Permohonan – Rujuk DisiniĀ