Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

 

Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.

 

MAKLUMAT JABATAN

Nama Jabatan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)

Deskripsi Jabatan
Merancang dan melaksanakan dasar serta strategi untuk memacu dan menggalakkan serta membantu pembangunan Sosio-Ekonomi di Negeri Sembilan

Lokasi Jabatan
Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri, Jalan Dato’ Abdul Malek, 70503 Seremban, Negeri Sembilan.

 

MAKLUMAT JAWATAN

Nama Jawatan
Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29

Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Sijil dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.  atau
d. Diploma dalam bidang perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Bahasa Melayu
a. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ b. Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Tambahan
a. Anak Negeri Sembilan/Ibubapa berasal dari Negeri Sembilan
b. Alamat tempat tinggal di Negeri Sembilan (bagi bukan anak negeri)

Gaji Yang Ditawarkan
1. Gaji Permulaan Peringkat Sijil : RM1,549.00 (Gred JA29)
2. Gaji Permulaan Peringkat Diploma : RM1,935.02 (Gred JA29)

Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila layari laman web rasmi SPA pada pautan berikut – Mohon Disini

Tarikh Tutup Permohonan
24 Jun 2021

Iklan Penuh Permohonan РRujuk Disini