Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan Di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Tarikh Tutup 22 Jun

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan bagi mengawasi semua lebuhraya tol di seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan melalui parlimen Akta 231( 1980 ).

LLM bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, menyelia dan mengawasi projek – projek lebuh raya tol di Malaysia sebagaimana yang tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

LM memainkan peranan penting dalam mengesan, mengawal, menyelaras dan memberi khidmat nasihat kepada syarikat – syarikat konsesi dalam urusan operasi dan penyenggaraan lebuh raya bagi pihak kerajaan.

Bagi Semua lebuh raya yang sedang beroperasi aspek penyenggaraan adalah amat penting. Ini adalah bertujuan untuk memastikan kesemua lebuh raya tersebut selamat dan selesa. Kerja – kerja penyenggaraan dan pengawasan dibuat melalui Pejabat – Pejabat Wilayah LLM.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

Jawatan : Penolong Akauntan (Gred W29)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kewangan
  • Jadual Gaji : RM 1,498.00 – RM 5,678.00

Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
  • Jadual Gaji : RM 1,493.00 – RM 5,672.00

Jawatan : Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
  • Jadual Gaji : RM 1,549.00 – RM 5,701.00

Jawatan : Penolong Jurutera (Elektrik) (Gred JA29)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
  • Jadual Gaji : RM 1,549.00 – RM 5,701.00

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N19)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan
  • Jadual Gaji : RM 1,352.00 – RM 4,003.00

Jawatan : Pemandu Kenderaan (Gred H11)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
  •  Jadual Gaji : RM 1,218.00 – RM 2,939.00

Jawatan : Pembantu Operasi (Gred N11)

  • Badan Berkanun : Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
  • Jadual Gaji : RM 1,216.00 – RM 2,983.00

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara on-line melalui laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia di alamat http://ejawatan.llm.gov.my
mulai 8 Jun 2021 ( Selasa ) hingga 21 Jun 2021 ( Isnin ).

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Jun 2021 ( Selasa )

Permohonan Ditolak

Permohonan akan ditolak sekiranya:

Tidak lengkap;
ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii) Permohonan diterima pada atau selepas tarikh tutup permohonan; dan
iv) Tidak menyertakan jawapan kepada soalan esei bersama-sama
borang permohonan.

Catatan Am

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga tidak ditanggung oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.