Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 223/22: Elaun & Insentif Khas Disediakan ~ Cara Memohon

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuka Perajurit Muda (Ptm) Siri 223/22 bagi dimohon oleh mereka yang layak dan berminat. Pengambilan ini juga terbuka kepada lepasan SPM/SVM (lelaki & wanita) dan lepasan Diploma Kejuruteraan (Lelaki).

Berikut adalah maklumat lanjut dan calon disarankan membacanya dengan teliti.

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur 18 hingga tak lebih 25 tahun pada tarikh 28 Feb 2022
  • Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita.
  • Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik/Universiti Awam/Swasta – Lelaki sahaja.
  • Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pemah berkahwin).
  • Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
  • Kepujian dalam Bahasa Melayu dan lulus Sejarah di peringkat SPM
  • Keutamaan diberikan kepada mereka yang kepujian dalam subjek – Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Bagi untuk kelulusan Diploma, sijil berkenaan mestilah diiktiraf oleh MQA.

Gaji & Elaun:

Gaji permulaan adalah seperti berikut:

Latihan Perajurit Muda (6 bulan)

  • RM1,774.00

Diperjawatan (kelulussan)

  • SPM/SVM: RM1,879.00
  • Diploma Kejuruteraan (tugas khusus): RM2,341.00

*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM (RM200)

Cara memohon:

Tiada permohonan secara walk-in yang akan dilaksanakan, sebaliknya proses permohonan melalui kaedah secara atas talian (online).

  1. Pemohon perlu mengimbas Kod QR untuk mendaftar maklumat awal.
  2. Butiran maklumat awal akan disemak dan diproses oleh TLDM.
  3. Calon yang berjaya melepasi tapisan maklumat awal akan menerima Borang Permohonan Memasuki Perkhidmatan TLDM melalui emel yang didaftarkan pada 5 Julai 2021.
  4. Pemohion perlu melengkapkan maklumat di dalam borang permohonan dalam masa 3 hari dan tarikh penerimaan borang.
  5. Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui e-mel selepas tapisan.
  6. Pemohon perlu melaporkan diri ke pusat pemilihan mengikut lokasi yang dipilih.
  7. Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.

Untuk maklumat iklan jawatan secara terperinci, boleh KLIK SINI.

Related Posts