Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Kosong Di Jabatan Kerja Raya (JKR). Tarikh Tutup 21 Jun 2021

Posted on June 15, 2021June 17, 2021 by Admin

Jabatan Kerja Raya Malaysia ialah salah satu jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam di Malaysia seperti laluan persekutuan dan negeri, bangunan kerajaan, elektrik, air dan banyak lagi.

Agensi ini terletak di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia. Senarai infrastruktur JKR kini ialah Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur, laluan persekutuan. Laluan negeri, Jalan luar bandar, Jambatan, Hospital awam, Sekolah awam, Bangunan kerajaan, Sekolah awam dan Pangkalan tentera.

Sehubungan dengan itu, JKR mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

Jawatan: Pembantu Tadbir

  • Pendidikan: SPM
  • Gaji: RM1,600
  • Penempatan: Bahagian Pengurusan Skim Kejuruteraan Cawangan Dasar Pengurusan Korporat
  • Tempoh: 6 Bulan (1 Julai 2021 – 31 Disember 2021)
  • Bilangan: 1 Kekosongan

Skop Kerja

  1. Menyediakan laporan analisis cuti belajar bergaji dengan/tanpa biasiswa dan kemaskini rekod daftar Cuti Belajar di dalam Sistem MyCutiBelajar
  2. Menguruskan proses permohonan dan temuduga Latihan Dalam Perkhidmatan seperti Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  3. Sebagai urus setia pengambilan, pengurusan dan pembayaran elaun pelajar latihan industri untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkompeten tinggi dan bertanggungjawab dalam:
    • Menilai dan menapis permohonan pelajar berdasarkan kelayakan dan bidang pengajian
    • Merancang penempatan pelajar berdasarkan kuota yang ditetapkan
    • Menyediakan laporan analisis penempatan pelajar
  4. Menjawab panggilan pertanyaan mengenai permohonan latihan industri dan Latihan Dalam Perkhidmatan – Hadiah Latihan Perkidmatan
  5. Mengemaskini Laporan data bagi setiap disiplin iaitu Awam, Elektrik, Ukur Bahan, Arkitek dan Juruukur Bangunan
  6. Memastikan surat menyurat serta Arahan Penempatan dimasukkan (diminitkan) ke dalam fail serta membantu lain-lain tugasan rasmi bahagian

Cara Memohon

Sila emelkan permohonan beserta resume bergambar kepada [email protected] sebelum atau pada 21 Jun 2021. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme