Permohonan Jawatan Terkini Dibuka di Agensi Nuklear Malaysia: Tawaran Gaji Bermula RM2,000

Agensi Nuklear Malaysia adalah sebuah organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) utama dalam bidang sains dan teknologi nuklear di Malaysia yang terus memainkan peranan aktif dan menyumbang kepada pelaksanaan dasar-dasar sains serta teknologi kebangsaan. Ia juga merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Oleh itu, kepada yang sedang mencari pekerjaan, kini Agensi Nuklear Malaysia telah membuka kekosongan jawatan  di bawah Personel MySTEP untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat. Berikut adalah senarai jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon.

Maklumat jawatan:

Di bawah adalah maklumat jawatan yang ditawarkan.

  • Jawatan: Pegawai Penyelidik Gred Q41
  • Kekosongan: Satu (1)
  • Tempoh kontrak: Sehingga 31 Disember 2021
  • Kadar upah: RM2,000

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • ljazah sarjana muda sains Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Kepada yang berminat maklumat iklan jawatan boleh didapati DI SINI dan DI SINI. Manakala permohonan pula hendaklah dibuat dengan menghantar:

  • Surat permohonan
  • Resume
  • Transkrip akademik dan lain-lain dokumen sokongan
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Gambar berukuran pasport

Ke alamat:

Agensi Nuklear Malaysia, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Bangi, 43000, Kajang, Selangor (u.p En Mohamad Azwar bin Hashim)

Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021