Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Minta rasuah dari setiap peminjam yang mereka luluskan. 6 pekerja bank ini direman SPRM

Posted on June 11, 2021June 12, 2021 by Admin

Pegawai dan kakitangan bank merupakan kumpulan pekerja yang penting di negara ini. Mereka menghabiskan masa untuk membantu seseorang itu dalam urusan kewangan peribadi mahupun syarikat. Di sebalik semua itu, masih ada dalam kalangan mereka yang khianat kepada pelanggan.

Baru-baru ini, enam pegawai dan kakitangan bank direman tujuh hari bermula 9 Jun lalu bagi membantu siasatan dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi antara 2018 hingga 2020.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin di Mahkamah Majistret Shah Alam telah mengeluarkan perintah reman pada 9 Jun selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, kesemua individu berusia 36 hingga 45 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Shah Alam pada jam 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi

Enam lelaki berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Shah Alam sekitar jam 4.45 petang pada 8 Jun selepas disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi membabitkan 110 pembiayaan peribadi bernilai kira-kira RM18 juta.

Menurut sumber, wang rasuah itu adalah sebagai balasan untuk meluluskan permohonan pembiayaan daripada pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

“Mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai kira-kira RM18 juta,” katanya.

Sumber memberitahu, pegawai dan kakitangan berkenaan bertugas di beberapa cawangan bank di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan, SPRM juga merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit dari rumah suspek di Putrajaya dan Selangor membabitkan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000.

Sumber: Berita Harian

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme