Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Tak langgar undang-undang: Majikan kini berhak letakkan vaksin sebagai syarat penggajian

Posted on June 11, 2021 by Admin

Kerana mahu melindungi kepentingan dan kesihatan pelanggan, majikan kini berhak meletakkan syarat vaksin dalam kontrak penggajian pekerja masing-masing.

Memetik laporan Nanyang Siang Pau, walaupun pengambilan vaksin Covid-19 tidak mewajibkan kepada orang ramai oleh kerajaan, tetapi majikan boleh meletakkan syarat berkenaan dalam kontrak dengan pekerja.

Tambah laporan itu, jika kontrak dan syarat itu dipersetujui pekerja yang menerima kerja yang ditawarkan, maka pekerja harus mematuhi syarat vaksinasi atau dianggap sebagai melanggar kontrak.

Ia juga boleh dianggap sama dengan syarat ujian kesihatan yang ditetapkan sesetengah syarikat untuk memastikan pekerja sihat dan boleh menjalankan tugas yang diamanahkan.

Dalam masa sama, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF),  Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berpandangan, syarat berkenaan adalah munasabah kerana majikan perlu melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Jika kami tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi pekerja daripada jangkitan COVID-19, maka kami mungkin telah melanggar undang-undang mengenai tanggungjawab majikan,” katanya.

Apa yang pasti, banyak majikan di luar sana yang melakukan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan pekerja mereka menerima vaksin, antaranya memberikan ganjaran tunai, cuti dan sebagainya.

Ia dilihat satu perkembangan positif dalam usaha memulihkan negara dari ancaman pandemik yang masih belum menemui jalan noktah ini.

Sumber: MalaysiaGazette

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme