Permohonan Jawatan Dibuka Di Anak Syarikat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Tarikh tutup 18 Jun 2021

Darul Sasaran (M) Sdn Bhd (DSSB) adalah sebuah syarikat milik penuh YaPEIM Holding Sdn Bhd yang diperbadankan di Malaysia pada 27 Ogos 1993 di bawah Akta Syarikat 1965.

DSSB menyediakan khidmatan sokongan kepada aktiviti-aktiviti di YaPEIM, Institusi Milik Penuh (IMP) dan Institusi Bawah Kawalan (IBK) YaPEIM dalam memberikan Perkhidmatan Perundingan & Pengurusan Projek, Kontraktor Reka & Bina, Pengurusan Keselamatan dan Pengurusan Penyelenggaraan.

DSSB mengalu-alukan pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di DSSB seperti berikut:-

Maklumat Jawatan

Pembantu Pengurus

  • Kumpulan Perkhidmatan: Eksekutif Sokongan
  • Gred Jawatan: ES1 Hingga ES3
  • Jumlah Gaji: Gaji Asas RM1,500-RM2,000
  • Kontrak selama 3 bulan (tempoh pemantauan). Boleh dinaikan ke Jawatan Sementara dan Tetap bergantung kepada prestasi kerja semasa dalam tempoh pemantauan.

Tanggungjawab

Bertanggungjawab bagi memastikan sistem keselamatan di premis-premis yang dimiliki oleh pelanggan berada dalam keadaan baik dan terkawal. Membuat aduan kerosakan kepada pihak ketiga dan pegawai SRT dan menghubungi polis sekiranya berlaku sebarang insiden di
premis-premis tersebut.

Keperluan Pekerjaan

  • Warganegara Malaysia dan lelaki yang berumur 21-30 tahun.
  • Mempunyai Diploma/Sijil dalam bidang-bidang teknikal seperti Teknologi Maklumat/Elektrikal/Elektronik/Mekanikal yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan/swasta atau mempunyai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berkemahiran dalam bidang keselamatan adalah merupakan satu kelebihan kepada pemohon.
  • Bekerja secara shif dan boleh bekerja semasa cuti perayaan dan cuti umum.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh klinik panel YaPEIM dan tiada rekod jenayah

Cara Memohon

Pemohon yang memenuhi semua keperluan yang dikehendaki seperti di atas hendaklah menghantar maklumat seperti berikut:-

1. Resume/Curriculum Vitae (CV) mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat email), kelayakan akademik (termasuk salinan dokumen/sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan pencapaian dalam bidang yang berkaitan dan gambar berukuran passport.
2. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum/pada 18 Jun 2021 di alamat email salleh@yapeim.my atau menghubungi En. Mohd Ali Emran Zakaria (019-3551635) untuk keterangan lanjut.

Nota:

1. Hanya pemohon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon yang tidak dipanggil temuduga dalam tempoh 6 bulan selepas daripada tarikh
tutup permohonan bolehlah dianggap permohonannya tidak berjaya.