Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan Di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Tarikh Tutup 16 JUN 2021

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu.

Ia ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan sumbangan sektor pertanian, pertukaran mata wang asing dan peluang-peluang pekerjaan serta menjadi pusat maklumat dan rujukan.

Selain itu, Lembaga Nanas menggalakkan pelaburan asing dan penglibatan masyarakat tempatan dalam pelbagai projek industri nanas serta mengukuhkan pasaran serta menguruskan sektor penanaman nanas dan memaksimakan pengeluaran secara berterusan disamping meningkatkan Program Kawalan Mutu bagi menjamin kualiti hasil

LPNM ini juga akan meningkatkan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan nanas serta menambahkan aktiviti-aktiviti industri nanas hiliran.

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

1.Penolong Juruaudit 

  • Gred: W29
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
  • Penempatan: Ibu Pejabat LPNM
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji: RM1,498.00 – RM5,678.00

2.Pembantu Ehwal Ekonomi

  • Gred: E19
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
  • Penempatan: Seluruh Malaysia
  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Gaji: RM1,353.00 – RM4,005.00

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil dalam bidang pengajian perniagaan/audit (bagi jawatan Penolong Juruaudit) sesuai dengan ketetapan khusus jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penerangan Tugas

Penolong Juruaudit 

  • Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Pembantu Ehwal Ekonomi

  • Membantu menguruskan hal pengurusan ekonomi dan pemasaran yang berkenaan berdasarkan kepada unit-unit yang telah ditempatkan serta tugas-tugas dari pegawai atasan.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di PAUTAN INI. Untuk permohonan, pemohon hendaklah mengisi borang permohonan DI SINI secara lengkap dan berserta salinan sijil yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dan disusun mengikut turutan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Kelayakan Akademik berserta transkrip lengkap:
    • Ijazah/Diploma/STPM/SPM/PMR
  • Surat sokongan/kebenaran daripada majikan.
  • Sijil-sijil penghargaan/penyertaan (terhad 3 tahun terkini)

Pemohon kemudiannya perlu menulis nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas di sebelah kiri sampul surat dan dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah,
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia,
Wisma Nanas,
No. 5, Jalan Padi Mahsuri,
Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru,
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p : Bahagian Khidmat Pengurusan – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat kelayakan sahaja yang dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 16 JUN 2021 (Rabu).