Permohonan Pelbagai Jawatan Dibuka di UiTM: Tawaran gaji dari RM1,216 hingga RM9,656

Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar gembira menanti anda kerana Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat. Penempatan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah di:

  • Hospital UiTM (HUiTM), Kampus Puncak Alam
  • Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM), Kampus Sungai Buloh/Selayang

Oleh itu, kepada yang berminat anda disarankan untuk meneliti iklan kekosongan ini secara terperinci. Berikut adalah senarai jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon.

Maklumat jawatan:

  1. Pegawai Farmasi – Gred UF41
  2. Pegawai Dietetik – Gred U41
  3. Jurutera Bidang: Bioperubatan – Gred J41
  4. Penolong Pendaftar – Gred N41
  5. Pustakawan – Gred S41
  6. Juruteknologi Makmal Perubatan – Gred U29
  7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – Gred U29
  8. Juru X-Ray – Gred U29
  9. Penolong Jurutera – Gred  JA29 dalam bidang:
    • Awam
    • Mekanikal
    • Elektrik
  10. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Gred FA29
  11. Pegawai Eksekutif Bidang: Rekod Perubatan – Gred N29
  12. Setiausaha Pejabat – Gred N29
  13. Kerani – Gred N19
  14. Pembantu Setiausaha Pejabat – Gred N19
  15. Pembantu Operasi – Gred N11
  16. Pemandu – Gred H11
  17. Penolong Pegawai Kerja Sosial Perubatan – Gred S29
  18. Penolong Akauntan – Gred W29

Syarat-syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Menengah Rendah/Pentaksiran Tingkatan 3 sehingga Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia dengan kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Calon yang bermina boleh mendapatkan maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI.

Dimaklumkan juga, seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, calon boleh menghubungi talian: (03) 3396 3362/3357/3359/3358/3336 atau e-mel: hr_huitm@uitm.edu.my.

Tarikh tutup permohonan: 14 JUN 2021 (ISNIN).