Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Institut Kesihatan Umum KKM. Tarikh Tutup 20 Jun 2021

Sukacita dimaklumkan bahwa Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan aktiviti pengumpulan data untuk kajian POST VACCINATION COVID-19 IMMUNITY AND DISEASE SURVEILLANCE IN MALAYSIA (IMSURE).

Tujuan projek ini adalah mengetahui respons terhadap SARS-Cov2 dan insiden penyakit di kalangan populasi berisiko tinggi dan populasi dewasa sihat yang menerima 3 jensi vaksin COVID-19 di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Institut Kesihatan Umum mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan:

Personel MySTEP

  • Kelayakan: Diploma
  • Gaji Bulanan: RM1,800
  • Tempoh bertugas: 1 Julai 2021 – 30 November 2021

Bidang Keutamaan:

  • Diploma Mikrobiologi
  • Diploma Bioteknologi/Biologi/Kajihayat
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
  • Diploma Ijazah Sains/Biologi/Berkaitan

Kriteria Pemilihan:

  • Boleh berkomunikasi dengan baik dan bekerja dalam satu pasukan
  • Badan sihat dan tiada masalah kesihatan
  • Boleh menerima arahan dengan baik dan bersedia bekerja di lapangan

Cara Memohon

Emelkan CV ke alamat: imsure@moh.gov.my atau hasmah.mh@moh.gov.my

Tarikh tawaran: 3 Jun 2021

Tarikh tutup tawaran: 20 Jun 2021

 

Related Posts