Permohonan Dibuka Bagi Jawatan Di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Gaji RM1,963.00 – RM6,123.00

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi kami ialah membangun, mempertingkat serta menambahbaik infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang
cekap melalui eksploitasi harta intelek (HI).

Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dengan penghasilan
kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat MyIPO Kuala Lumpur.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan yang ditawarkan

PENOLONG PEGAWAI HARTA INTELEK
(PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK) – 1 KEKOSONGAN
(KONTRAK)

  • Klasifikasi : Perkhidmatan Harta Intelek
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
  • Gred : IP10
  • Skala Gaji : RM1,963.00 – RM6,123.00

Peranan dan tanggungjawab adalah seperti berikut:

  • Bertugas di Bahagian Teknikal dan Pengurusan Fasiliti;
  • Menolong jurutera dalam melaksanakan urusan pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan;
  • Menolong jurutera menyediakan dokumen-dokumen teknikal, lukisan rekabentuk, spesifikasi dan senarai kuantiti bagi tujuan
    perolehan kerja pengurusan fasiliti / penyelenggaraan /pengubahsuaian bangunan;
  • Menolong jurutera dalam memantau, mengawas dan menyelia kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor pengurusan fasiliti /
    penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan;
  • Menolong jurutera dalam memantau, mengawas dan menyelia penjaga jentera (chargeman) yang dilantik oleh kontraktor
    pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan;
  • Menolong jurutera mengesahkan kerja pengurusan fasiliti / penyelenggaraan / pengubahsuaian bangunan yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi tujuan bayaran kontrak (verifier); dan
  • Lain-lain tugas berkaitan dengan teknikal dan kejuruteraan yang diarahkan oleh jurutera / juruukur bahan dari semasa ke
    semasa.

Kelayakan:

  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrikal daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima (5)
    tahun dalam kerja penyelenggaraan bangunan; dan
  • Memperolehi Sijil Perakuan Kekompetenan Elektrik dari Suruhanjaya Tenaga adalah suatu kelebihan.

Cara Mohon

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat
turun di laman sesawang kami bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dimohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 9 Jun 2021 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

PENTING: Pemohon hendaklah menyertakan Surat Akuan Pengiktirafan Diploma/ Ijazah daripada Kementerian Pengajian
Tinggi dan semakan pengiktirafan boleh dibuat di alamat sesawang berikut: (http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm) atau
(https://www2.mqa.gov.my/mqr/).

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita