Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan Di PERODUA. Tarikh tutup pada 30 Jun 2021

Posted on June 7, 2021June 8, 2021 by Admin

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad atau lebih dikenali sebagai Perodua merupakan syarikat pengeluar Automotif Malaysia yang kedua selepas Proton.

Ditubuhkan pada 1993, kilangnya terletak di tapak seluas 80 hektar di Sungai Choh, Serendah, Selangor. Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (PERODUA) adalah hasil kerjasama antara syarikat Malaysia dan Daihatsu Motor Company of Japan.

Perodua menjual lebih 189,000 kenderaan pada tahun 2012, yang merupakan rekod jualan paling tingginya. Bahagian pasarannya dianggarkan di Malaysia ialah sebanyak 30.2 peratus.

Ia merancang untuk mendirikan kilang pembuatan kereta kedua dari $ 770,000,000 pelaburan yang dirancang pada tahun-tahun akan datang.

PERODUA mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Pembantu Operasi (Kulai, Johor)
  2. Pembantu Operasi (Kuala Lumpur)
  3. Juruteknik Penyelenggaraan (Kontrak)
  4. Pembantu Pentadbiran (Sementara)
  5. Jurutera
  6. Pembantu Teknikal
  7. Pereka (Styling)
  8. Pereka (CAD)
  9. Pereka (Digital Design)
  10. Pembantu Tadbir
  11. Pembantu Teknikal
  12. Keselamatan/Security
  13. Operator Pengeluaran

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara Mohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci dan permohonan jawatan boleh dibuat melalui laman: berikerja.my

Atau

http://careers.perodua.com.my/auth dengan mendaftar terlebih dahulu dalam sistem yang disediakan.

Pemohon kemudiannya perlu mengisi maklumat peribadi, pendidikan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh memohon jawatan yang diiklankan.

Tarik Tutup

Tarikh tutup permohonan bagi majoriti jawatan adalah pada 30 JUN 2021, kecuali:

  • 15 JUN 2021
    • Pembantu Operasi (Kulai, Johor)
    • Pembantu Operasi (Kuala Lumpur)
  • 31 JULAI 2021
    • Keselamatan/Security
    • Operator Pengeluaran

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme