Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kilang elektronik terbesar jadi punca 300 pekerja positif COVID-19 berserta keluarga. Ini cerita penuhnya

Posted on June 4, 2021June 5, 2021 by Admin

Kerajaan telah mengumumkan bahawa negara kita akan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0). PKP kali ini tidak sama seperti PKP ketika pertama kali ia dilaksanakan.

Walaupun rakyat hanya dibenarkan beregerak sejauh 10 km dari kawasan rumah untuk membeli keperluan hari, para pekerja masih boleh lagi bekerja seperti biasa. Ini kerana sebanyak 95,142 syarikat diberi kebenaran oleh MITI untuk terus beroperasi sepanjang PKP 3.0.

Sekaligus, arahan ini membenarkan 1.2 juta pekerja bergerak merentas negeri dan daerah untuk bekerja. Dalam keadaan penularan wabak yang semakin menakutkan ini. Operasi kilang tidak terlepas dari menerima padahnya.

Harian Metro melaporkan bahawa sebuah kilang elektronik di Batu Berendam, diarah tutup sepenuhnya selama seminggu berikutan penularan mendadak wabak Covid-19 membabitkan pekerjanya.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman, tindakan terbabit terpaksa dilakukan selepas 299 pekerja kilang elektronik terbesar di Melaka itu termasuk beberapa ahli keluarga mereka disahkan positif Covid-19.

“Arahan penutupan serta-merta itu bagi membolehkan Jabatan Kesihatan negeri menjalankan siasatan lanjut punca penularan wabak selain mengesan kontak rapat yang pernah berhubung dengan pekerja kilang berkenaan,” katanya

Penutupan itu bagi membolehkan pengesanan kontak rapat, saringan serta sanitasi dilakukan Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
« May   Jul »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme