Permohonan Dibuka Bagi Pelbagai Jawatan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Bertaraf tetap bukan akademik

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Perlis. Sebelum ini universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia.

Universiti Malaysia Perlis ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-17 pada 25 Julai 2001.

Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi bagi memenuhi pelan perindustrian negara selain memberi alternatif kepada pelajar yang cenderung kepada pembelajaran secara praktikal.

UniMAP mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:

Jawatan-jawatan yang ditawarkan

  1. Pegawai Kebudayaan
  2. Pegawai Sains
  3. Pegawai Belia Dan Sukan
  4. Pegawai Psikologi
  5. Pegawai Perubatan
  6. Pegawai Pergigian
  7. Penolong Pegawai Sains
  8. Juruteknik Komputer
  9. Pembantu Keselamatan
  10. Pembantu Pustakawan
  11. Jurupulih Perubatan
  12. Pembantu Pembedahan Pergigian
  13. Pembantu Perawatan Kesihatan

Syarat Lantikan

Setiap jawatan mempunyai syarat lantikan berbeza. Untuk maklumat lanjut sila pergi ke pautan berikut: https://sites.google.com/unimap.edu.my/iklanjawatankosongl41/hebahan

Tarikh tutup permohonan

30 Jun 2021

Cara Memohon

  • Permohonan perlu dikemukakan melalui sistem eRecruit UniMAP SAHAJA. (Klik sini)
  • Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk Sesi Temuduga.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

Sila rujuk Manual Penggunaan Sistem eRecruit UniMAP sebagai Panduan

Keterangan Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia ,
Jabatan Pendaftar, Universiti Malaysia Perlis
04-9414087/4080/4090
Email : perjawatan@unimap.edu.my

…..

Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja

Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita